Costa Rica
Costa Rica

Costa Rica


Costa Rica ialah sebuah negara di selatan Amerika Tengah, di antara Nicaragua dan Panama. Negara ini mempunyai pantai di sepanjang Lautan Pasifik dan Laut Caribbean. Costa Rica bermaksud "pantai yang kaya" dalam bahasa Sepanyol, dan dinamakan oleh Christopher Columbus dan penjelajah bersama beliau yang menjangkakan menemui emas di kawasan tersebut. Jangkaan mereka meleset dan Costa Rica menjadi jajahan termiskin Sepanyol. Keadaan bertambah baik selepas Costa Rica mencapai kemerdekaan pada tahun 1821. Hari ini negara ini dikenali sebagai negara yang mempunyai taraf kehidupan yang paling tinggi di Amerika Tengah serta kadar celik huruf dan jangka hayat tertinggi. Costa Rica adalah negara demokrasi yang stabil sejak akhir tahun 1800an.Kebanyakan penduduknya berketurunan Sepanyol sementara penduduk asli Amerika meninggal dunia atau melarikan diri selepas peneroka Sepanyol tiba. Hari ini, Costa Rica mempunyai sejumlah kecil populasi mestizo (campuran Sepanyol dan kaum asli Amerika) dan orang kulit hitam.Kebanyakan penduduknya tinggal di tanah tinggi pedalaman daripada di sepanjang pantai. Ibu negara Costa Rica ialah San José, dan beberapa bandar besar terletak di tanah tinggi tengah. Kebanyakan tanah pertanian subur juga terletak di situ.

Costa Rica

Zon masa UTC-6
Pemerintahan Demokrasi berperlembagaan
(Republik berpresiden)
HDI (2007) ▲ 0.854
Ralat: Nilai HDI tidak sah · ke-54
• Kepadatan 85/km2 (220.1/sq mi) (ke-107)
Bahasa rasmi Sepanyol
KDNK (PPP) Anggaran 2008 
Mata wang Colón Costa Rica (CRC)
• daripada UPCA 1838
Kumpulan etnik 80% Caucasia
15% Mestizo
3% Hitam
1% Amerindian
1% Cina
• Diperakui Sepanyol 10 Mei 1850
Ibu kota San José
Gini (2001) 49.9
tinggi
• Per kapita $6,543[1]
Bahagian memandu kanan
Kod panggilan +506
• Total $48.663 bilion[1]
• Diisytiharkan 15 September 1821
• Anggaran Mei 2009 4,509,290 (ke-119)
KDNK (nominal) Anggaran 2008 
• Air (%) 0.7
• Jumlah $29.664 bilion[1]
Diiktiraf bahasa serantau Mekatelyu
• Bakal Presiden Laura Chinchilla
Internet TLD .cr
• Presiden Óscar Arias